JOM: Makanan Korea Halal@Korean Halal Food

Sekali sekala kalau nak tukar selera Malaysia kepada lidah Korea, apa kata anda cuba singgah di Street Cafe, Sunway Pyramid. Dijamin halal, sedap, dan harganya lebih murah daripada kebanyakan kedai makanan Korea yang lain. Dalam erti kata lain, memang berbaloi.

Kedudukan kedainya agak tersembunyi-mungkin agak susah nak cari bagi mereka yang jarang pergĂ® Sunway Pyramid- tapi kebanyakan orang dah tau sebab kawasan makan itu sudah popular. Jangan terkejut kalau lihat kedai tersebut ramai pengunjung walaupun agak terpencil.

Sukar untuk disebutkan tentang menu kerana terlalu banyak pilihan yang ada, namun antara hidangan yang menjadi pilihan ramai di sini ialah bulgogi, jajangmyun, ramyun, kimbab, dan kimchee. Jadi kalau anda nak rasa macam mana makanan korea yang nampak menyelerakan sangat dalam tv tu tapi tak nak pergi sana, jemput-jemputlah ke sini.

Cuma satu kelemahan kedai ini ialah ia tidak menyediakan “refill”. Apapun, rasanya “refill” tak perlu kerana set makanannya sudah cukup mengenyangkan. Siap ditapau balik lagi..

Whole set of ramyun, bulgogi, kimbab, side dish including kimchee, and peach juice..
Whole set of ramyun, bulgogi, kimbab, side dish including kimchee, and peach juice..

Teruskan membaca “JOM: Makanan Korea Halal@Korean Halal Food”